Monday, November 19, 2012

sungai petani>>>ipoh

Semalam berangkat pulang dari sungai petani. Tujuan ke sungai petani mak aku nak pergi klinik kulit dekat sungai petani. Kakak aku la kata dekat situ bagus klinik nya. Ubatnya berkesan katanya. Sanggup la turun jugak dari bota ke sungai petani semata-mata nak ke klinik tu. Klinik tu pulak bukak hari jumaat sampai ahad jer. Sabtu pulak tutup tu yang masalah tu. Kalau sabtu bukak ahad tu relax la sikit tak ada la rushing sangat nak balik perak. 

Hari ahad tu memang bergerak awal pagi lepas sarapan sebab nak kejar kan ke klinik. Rumah kakak aku ke klinik tu tak ada la jauh mana pon. Katanya bukak pukul 9.00a.m kitorang sampai dalam pukul 9.00 lebih klinik tu masih letak sign tutup so pergi la pusing-pusing dulu dekat kawasan klinik tu. Sebab tulis situ bukak pukul 10.00a.m. Datang balik klinik register semua doctor pulak tak sampai lagi. Lama lagi la tunggu nya. Doctor pulak sampai pukul 11.00a.m. Orang haritu agak ramai la jugak. Yang nak jumpa doctor ada yang nak amik ubat saja pon ada. Mak aku nie 1st time datang klinik situ. Tunggu je la dah datang dari jauh tak akan tak nak tunggu pulak walaupon lambat.

Settle jumpa doctor semua dekat pukul 12.00p.m jugak la. Lepas tu baru gerak balik perak. Nak kejar ke sana pulak sebab dua pupu mak aku anak dia kawen haritu. Orang kawen nya dekat ipoh. So ke ipoh dulu sebelum balik rumah. Sebelum nak ke rumah orang kawen mak aku call dulu tanya dekat mana wedding nya, start pukul berapa semua. Habis mak aku call mak aku cerita yang ayah pengantin masuk hospital hari sabtu lagi sebab komplikasi jantung katanya. Walaupon ayahnya dikejarkan ke hospital wedding tetap diteruskan seperti biasa. Tapi hati tu memang tak seronok la kan sebab dalam gembira ada yang berduka. 

So kitorang nie tak ada ke wedding haritu. So tak yah la nak rushing sangat. Sempat la semayang makan semua baru teruskan perjalan ke ipoh. Yang masuk wad tu la dua pupu mak aku. Nama nya leman aku tak kenal pun. Dia masuk dekat hospital tuanku permaisur bainun ipoh. Dah wedding pon time masa ayah nya masuk hospital so paham-paham je la time kitorang pergi melawat haritu orang tak putus-putus datang melawat. Memamg sesak jugak la walaupon haritu hari hujan. 

Kesian aku tengok pakcik leman tu telantar jer. Nak cakap pon tak boleh sebab dia bernafas menggunakan bantuan mesin. Andai kata mesin tu takda maka tak ada la dia jugak. Tapi kuasa tuhan siapa yang tahu kan. Hope dia cepat sembuh. Malam semalam dia dimasuk kan ke ccu tak ada sapa pon boleh tunggu. Sedih jugak la aku tengok isteri dia menangis pakcik leman tu pon menangis jugak. Mungkin mengenangkan nasib dia.

atuk dengan cucu nya. geram aku tengok aufa

aufa bersama atuk dan opahnya

kawasan rumah k.long nie aku suka bahagian taman dia

sebelum berangkat pulang bergambar dengan tuan rumah tu la kakak aku

ha nie la klinik nye

antara pelawat yang datang

ha nie la pakcik leman nya dua pupu mak aku

No comments:

Real Time Web Analytics