Monday, December 24, 2012

terdelete


Wah sangat sedih tambah tension pon ada nie. Sedang sibuk mengemas folder movie didalam laptop rupa-rupanya aku telah terdelet semua folder drama melayu yang aku sudah download dan baru je download sekejap tadi. Aku harus bersedih atau hanya mendiam kan diri sahaja. Bukan sikit cerita yang aku dah download tu. Banyak kot weyh. Korang paham je la drama melayu bukan satu dua episode. Berpuluh-puluh episode kot.

Aku sekarang hanya mampu bersabar dan redha je la dengan semua ni. Mungkin ada hikmah nye la kot di sebalik apa yang terjadi. Kawan aku kata boleh cari balik. Aku try cari dalam recycle bin memang tak ada la pulak. Tu memang tak dapat nak tolong dah la.


Macam mana boleh terjadi. Aku nak susun movie aku ikut genre la gitu. Nak buat folder by folder. Mealyu, English, Hindustan, etc. Aku jenis suka copy cut terus daripada folder sebelum nya. Aku dah cut aku copy la dalam folder yang baru. Aku tengok aku copy benda yang sama. Aku delete la folder yang sama tu. Sekali aku nak susun balik ikut drama, filem semua aku tengok kenapa folder cerita nya kosong. Aku pelik dah aku cek semua pon sama macam tu jugak. Bukak recycle bin pon tak ada. Dah tak boleh nak buat apa dah la. Kalau diriku ini rajin download yang lain tapi drama yang latest je la. Yang lama try cari dekat member je la. Tu pon kalau ada.

Antara drama melayu yang aku dah download and yang sudah pon terdelete: 
1. suria di cordoba - 26 episode
2. laila manja - 20 episode
3. cinta itu milikku - 24 episode *new
4. adam dan hawa - 3 episdoe *new
5. maharaja lawak mega musim 1 - 10 episode
6. maharaja lawak mega musim 2 - 6 episode *new
7. nora elena - 24 episode
8. 7 ramadhan - 13 episode
9. ameera - 25 episode
10. vanilla coklat - 13 episode
11. bicara hati - 26 episode
12. gemersik kalbu - 24 episode
13. cinta buat emelda - 24 episode
14. kemah keming ustaz azhar idrus - 3 episode
15. stanza cinta - 13 episode

Korang rasa banyak ke tak banyak yang aku dah download nie. Apa boleh buat benda dah jadikan. Nasib baik drama melayu je yang terdelete. Kalau nota-nota penting ke terdelete memang nangis tak belagu la jawab nye.

No comments:

Real Time Web Analytics