Monday, January 28, 2013

ayam kicap madu bersama jintan manis


Harini aku cuti lagi weyh.  Apa je aktiviti harinie.  Dok rumah makan tidur tengok tv layan niadel. Niadel balik dah.  Baru je balik pukul 3 lebih tadi. Sunyi balik rumah tak ada riuh rendah niadel. Bila akan berjumpa lagi tak tau la. 

Harini misi aku berjaya nak goreng ayam yang macam kawan aku pernah buat. Memang lama dah aku nak buat baru harini ada kesempatan sebab kebetulan kakak aku balik aku pon masak la. Ayam pon banyak. 

Tapi ayam yang aku nak buat nie kena la diperam dulu sebelum masak. Resepi pon aku amik dari kawan aku. Bahan dia senang je tak susah pon.

1. Ayam
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Serai
5. Kicap
6. Madu
7. Jintan manis
8. Cukup rasa
9. Garam

Cara nak buat dia senang je. Bland bawang besar, bawah putih dengan serai. Kemudian gaulkan ayam sekali dengan bahan yang dibland tadi dengan kicap, madu, jintan manis. Kemudian jangan lupa garam dan secukup rasa. Lagi lama perap lagi mesra dan sebati la dengan ayam tu. Baru makan nanti terasa madu kicap nya. Sesuai makan ayam ni dengan nasi ayam. 

Alhamdulillah 1st time try buat menjadi. Hope 2nd time buat akan lebih baik dan sedap. Habis pon ayam yang aku masak tadi. Thankx la untuk kawan aku share kan resipi nya.  

Ayam yang sedang diperam

Ayam yang sedang digoreng

Ayam yang siap digoreng

No comments:

Real Time Web Analytics