Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Lawak Ke Der 2

0 comment
Semalam tanpa dirancang pon nak keluar tengok wayang dengan member. Lepak kejap dengan kawan dekat kedai dia. Sembang-sembang sikit. Kebetulan pulak dia memang tak keje hari sabtu malam aku pon apa lagi plan last minute ajak pergi tengok wayang. Cerita apa je yang latest nie lawak ke der 2 la. Dah kakak aku syorkan dua tiga kali kena pergi tengok aku pon nak la jugak tengok.

Akhir nya plan last minute menjadi. Wayang start jam 4.45p.m. Bertolak dari kuala perlis pukul 3.50p.m. Tengok wayang yang paling dekat je dekat jitra mall. Ondaway ke jitra mall tu hujan sangat lebat. So sampai wayang pon dah lambat. Wayang pon dah start time tu. Tapi tak ada la lewat sangat. Lewat 2 3 minit je aku rasa. Tiket wayang sekarang dah mahal ye nak seringgit. Jadi RM11.00 semalam tengok sorang. 

Aku pergi 3 orang termasuk aku la. Punya nak tengok awal jugak sebab tak nak balik lambat kan. Amik la jugak tiket jam 4.45p.m walaupon kitorang duduk seat asing-asing. Nasib baik la tak penuh. Belah seat depan semua kosong 3 row paling depan. Sangat berbaloi dan memuaskan hati la. Kelakar giler cerita nya. Setiap scene tu lawak. Aku bagi 5/5 bintang la. 

Habis tengok wayang dalam 6.45p.m. Sedar tak sedar dah dekat 2jam rupanya cerita berjalan. Habis tengok wayang masing-masing pon perut dah lapar kitorang pergi singgah makan. Jumpa la kawan baik aku kejap dekat jitra mall tak dan sembang apa aku passing ole-ole dari bandung terus dia bawak aku pergi kedai makan. Kat situ la berpisah next time jumpa lagi. 

D9, D10 seat aku dengan kawan aku perempuan. E10 tu kawan aku laki sorang-sorang.

nie la yang kitorang makan semalam. tomyam, telur dadar, dengan ayam masak merah.


Read More..

Wednesday, February 13, 2013

debaran semakin hampir

0 comment
Hari yang aku agak kelam kabut dan rasa berdebor. Sebab apa? Sebab aku baru je dapat mesej daripada lecturer yang nak datang visit LI aku bagitau dia nak visit esok 14.2.2013 sudah jadi awal sehari sepatut yang dijanjikan 15.2.2013 hari jumaat. So ada la masa aku nak prepared ke kan. 

Nak jadikan aku lagi tambah serabut dah la esok supervisor aku tak ada pergi meeting memang dia tak free la esok. Lepastu tadi aku mana la bawak log book aku yang nak di sign dicop apa semua. Nasib baik la cousin aku yang sangat rajin nak mai manjung mintak tolong dia bawak kan log book. Kalau esok baru nak sign semua memang takut tak dan and kelam kabut la jadi nya.

Apa la nasib aku esok kan. Hope semua nya dipermudahkan. Amin..

ha nie la mesej aku dapat harini ptg tadi pulak tu.

menghilangkan rasa nervous keluar makan McD dengan cousin aku ni ha


Read More..

Sunday, February 10, 2013

Hari makan sedunia

0 comment
Aku rasa harini hari makan sedunia kot. Daripada aku celik mata sampai la ke malam tadi aku makan tak berenti. Aku bangun jam 10.00a.m mak aku dah ajak pergi kenduri kawen. Harini je ada empat orang kawen 1 kenduri kesyukuran. Kalau pergi kenduri nie tak sah kalau tak makan. Kalau tak makan nasi pon makan yang ringan-ringan pon okey dah. 

1st wedding yang jauh dulu pergi dekat teluk bakong. 2nd pergi wedding dekat padang changkat. 3rd pergi kenduri kesyukuran dekat kawasan rumah jer. 4rd pergi kenduri kawen dekat rumah jugak. Sampai pukul 1.00p.m jugak la baru sampai rumah. Fuhhhh masa tu perut memang penuh la dan terasa kenyang. Lepas zohor sambung pergi kenduri kawen dekat manjung pulak. Sambung makan lagi. 

Lepas ke manjung cadangnya nak jumpa opah pergi la rumah opah alih-alih tengok tak ada orang kat rumah patah balik rumah kata opah ada dekat rumah makyong. Sekali dengan maknyah semua. So petang tadi buat makan-makan sikit dekat rumah makyong menu nya laksa made by maknyah. Malam sambung makan nasi pulak. Aku tak ada la makan nasi. Aku makan lauk pauk je la. Sebab perut dah full.




Read More..

Friday, February 1, 2013

chicken rice shop again

0 comment
Harinie balik kerja (praktikal) awal. Sebab mak dah call dari kol 3.00p.m lagi sebab nak ajak aku pergi imegresen. Kalau ke imegresen buat apa lagi of course buat passport. Tu je la yang aku tau. So mak pon sampai depan office jam 4.30p.m so mintak dekat boss balik awal. Dengan budak praktikal lain pon dia bagi balik awal sekali.

Dari office aku nak ke imegresen tu tak ada la jauh mana pon. 5 minit je sampai la. Buat passport pon tak lama kejap tu jugak siap. Orang pon tak ramai time tu. Siap buat passport terus ke AEON manjung singgah makan sembahyang semua situ. Konon nak kesana sebab aku la nak kesana. Sebab nak pergi terus rebat RM200 tu. Aku pergi la tanya celcom cube dia kata memang boleh aku pulak tak bawak dokumen lengkap. And apa lagi satu kalau nak beli handphone saja kena keluarkan duit jugak walaupon tak nak pakai line or beli no lain. So tunggu 2 bulan lagi aku daftar lain aku guna rebat tu.

Siap settle semua perut pon dah lapar ayah ajak makan di chicken rice shop again. Buat kali kedua makan dekat sana. Kali nie apa yang diorder semua ada yer. Aritu makan dekat tesco manjung order nie tak ada order tu tak ada. Apa yang aku nak makan aritu ada dah. So harga pon murah daripada makan haritu. Apa je yang di order..

Dari AEON manjung pergi pulak tesco manjung mencari pamoga. Untuk aku la tu nak pakai. Haish dah macam-macam product dah muka aku nak try. Hope yang nie menjadi la yer. Insyallah. 


ada pulak show tarian kat sini sempena CNY


ha nie la yang diorder ayah aku fish ball with shred chicken noodles + hot milo + warm water

nie pulak meal yang aku order  BBQ chicken noodles 


Pai tee (L) large ayah tengok benda nie la tu yang ayah nak makan kat sini. Ayah aku pon tau apa tu pai tee

Read More..

Tuesday, January 29, 2013

chicken rice shop

0 comment
Minggu baru so start kerja (praktikal) la balik harini. Harini tak ada apa kerja pon buat kat office. just buat projek yang boss suruh. Just simple circuit. Is done. So kerja tambahan oleh kakak aku dia suruh design untuk cake dengan goodies untuk birthday anak dia next month. Tak lama je lagi. So tak ada apa buat tadi masa kat office aku pon siap kan. Alhamdulillah siap pon edit dan siap ngam-ngam masa habis kerja pukul 5.00p.m. Dan telah diluluskan dan dipersetujui oleh kakak aku. 

Habis kerja pon pukul 5.00p.m so satu kerja la menunggu la siapa nak amik aku. Tunggu punya tunggu dalam jam 6.30p.m ayah aku call kata abang aku, ainal amik aku. Sebab mak dengan ayah aku pergi ipoh bawak mak pergi klinik kulit. So pukul 6.30p.m baru nak bertolak balik bota. So aku tunggu je la abang aku amik. Balik awal pon tak ada orang kat rumah kunci pon ada. So jalan-jalan la dulu sebelum balik.

Kemana je hala tuju kitorang tadi ke tesco manjung pergi makan chicken rice shop. 1st time weyh makan kat sana. Dia bukan sekadar nasi ayam. Heheheh. Boleh la. Sedap la jugak kalau lapar. Macam-macam la jugak order tadi. Makan dua orang je pon. Tengok apa kitorang order. Perut pon kenyang so roger-roger mak ayah dekat mana so dah nak dekat sampai rumah kitorang pon balik. 

nyonya laksa

rainbow delight, ice lemon tea, g.jelly drink

H.K beef stew Nd, Wantan Mee, Soup

gado-gado. mula2 ingatkan gado-gado tu macam kat bawah rupanya macam rojak. salah paham la. dah order makan je la.

pai tee (R) regular




Read More..

Monday, January 28, 2013

ayam kicap madu bersama jintan manis

0 comment

Harini aku cuti lagi weyh.  Apa je aktiviti harinie.  Dok rumah makan tidur tengok tv layan niadel. Niadel balik dah.  Baru je balik pukul 3 lebih tadi. Sunyi balik rumah tak ada riuh rendah niadel. Bila akan berjumpa lagi tak tau la. 

Harini misi aku berjaya nak goreng ayam yang macam kawan aku pernah buat. Memang lama dah aku nak buat baru harini ada kesempatan sebab kebetulan kakak aku balik aku pon masak la. Ayam pon banyak. 

Tapi ayam yang aku nak buat nie kena la diperam dulu sebelum masak. Resepi pon aku amik dari kawan aku. Bahan dia senang je tak susah pon.

1. Ayam
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Serai
5. Kicap
6. Madu
7. Jintan manis
8. Cukup rasa
9. Garam

Cara nak buat dia senang je. Bland bawang besar, bawah putih dengan serai. Kemudian gaulkan ayam sekali dengan bahan yang dibland tadi dengan kicap, madu, jintan manis. Kemudian jangan lupa garam dan secukup rasa. Lagi lama perap lagi mesra dan sebati la dengan ayam tu. Baru makan nanti terasa madu kicap nya. Sesuai makan ayam ni dengan nasi ayam. 

Alhamdulillah 1st time try buat menjadi. Hope 2nd time buat akan lebih baik dan sedap. Habis pon ayam yang aku masak tadi. Thankx la untuk kawan aku share kan resipi nya.  

Ayam yang sedang diperam

Ayam yang sedang digoreng

Ayam yang siap digoreng

Read More..
Real Time Web Analytics