Saturday, January 12, 2013

jumpa opah

Selamat berhujung minggu semua. Yang bercuti selamat bercuti dan sebalik nya. Harini aku tak kerja (praktikal) pon. Maka nya dok rumah je la aku. Bangun pon lambat daripada biasa. Tak la lambat mana pon. Kol 10.00 a.m jugak la aku bangun pagi tadi. Sempat la buat kerja rumah harini. Lipat kain, vacuum rumah, memasak dll. 

Lepas zohor lepas makan tengahari tadi mak ajak aku ke rumah opah. Ada hal katanya. Aku pon malas banyak tanya aku siap-siap  mandi semua. Lepas je makan terus ke rumah opah. Sebelum ke rumah opah singgah dulu kilang perabot aifa dekat titi gantung nak tempah kabinet untuk rumah opah katanya dah uzur sangat so ganti kan la yang baru. 

Settle di kilang perabot teruskan perjalanan ke rumah opah untuk tujuan yang satu jumpa opah dan ayah yang. Mak aku ingat kan maknyah dengan ucuE ada la balik rupanya tak jadi balik. Maka nya keseorangan je la ayah yang dengan opah. Opah pon nampak macam tak bermaya je. Bese la dah peringkat umur macam tu aku pon paham la. Kita pon akan jadi tua jugak suatu hari nanti. Jika dipanjangkan umur. Amin..

Jumpa opah sembang sikit-sikit dengan opah. Sebab aku pon dah lama tak jumpa opah. Last jumpa opah tahun lepas la. Masa bulan 11 kalau tak silap aku. Baru harini pergi jenguk opah. Mak aku pon jumpa kejap je sebab malam nie mak aku ada program forum perdana anjuran mapin dekat seri iskandar. So mak aku nie sebagai naib pengerusi mapim merupakan AJK terpenting kena la ikuti program tersebut. 

So lepas jumpa opah tadi singgah ke tempat forum perdana sekejap. Nak tengok preparation nya macam mana. Semua okey dah siap susun teratur cuma nak tunguu program untuk malam nie sahaja. Forum perdana malam nie panel jemputan nya Dr Siti Salwani dan Ustaz Hj Haslin dan tajuk forum malam nie ibubapa prihatin, anak-anak cemerlang. 

Lepas je tengok tempat forum perdana singgah kat tesco beli barang keperluan sikit. Dari tesco singgah balik rumah opah passing duit untuk orang perabut yang naj datang jap lagi. Dengan orang yang nak datang repair atap rumah opah. Settle semua balik rumah terus.

buah rambai. 1st time aku makan weyh

forum perdana malam nie

yang aku tau forum perdana nie dekat seri iskandar dengan ipd.

No comments:

Real Time Web Analytics