Thursday, January 10, 2013

kawan, sahabat atau musuh

Kita hidup di atas muka bumi nie macam-macam orang kita kenal. Macam-macam ragam dan perangai yang kita jumpa. Tak kira la dari peringkat umur tua mahupon muda. Lagi lama dia hidup lagi macam-macam perangai dia dah penah jumpa. 

So macam tu jugak la dimana sahaja kita berada dimana sahaja kita belajar pasti ada masalah tak puas hati tak sedap hati tak suka terpaksa untuk menerima perangai orang keliling kita. Nak-nak orang yang rapat dengan kita. Orang yang rapat dengan kita tu pulak orang yang selalu keluar makan, ke kelas, outing, balik kampung, kemana sahaja la dengan dia. Tapi sayang disebalik persahabatan itu diri kita sendiri dikhianati atau pon dipermainkan. 

Kalau betul dia kawan atau sahabat yang baik yang menggunakan istilah susah senang bersama tapi kenapa bila senang ko je nak senang tapi bila dia susah ko tak pernah nak bela atau backup dia. Lagi kau nak menjatuhkan maruah dia keaiban dia ada la. Nak-nak orang perempuan sekeras-keras mana pon pada luaran dia jauh disudut hati dia ada sedikit hati dan perasaan yang sangat lembut dan halus. Hati perempuan nie macam tisu yang mudah terkoyak.

So kita sebagai hidup bermasyarakat nie kena la berbaik-baik dan bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Saling menjaga hati orang lain. Insyallah hidup kita akan sentiasa aman dan damai. Dan tiada timbul pergaduhan atau permusuhan.. Bila dah bergaduh dah bermasam muka tak syok la kan. Nak-nak orang yang kita bermasam muka tu serumah, sekelas dengan kita pulak. 

So nasihat aku buang yang keruh ambil yang jernih. Baru hidup kita akan aman dan damai. Insyallah. Andai kita ditegur oleh siapa nak-nak dengan kawan kita sendiri terima je la dengan seadanya dengan pikiran dan hati yang terbuka. Pikirla positif. 
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
Kalau sebelah pihak ingin berdamai kenapa sebelah pihak lagi nak mengeruhkan keadaan. Tak salah kalau dua-dua untuk berdamai. Dan berbaik-baik. Lebih baik korang bincang elok-elok bersemuka antara satu sama lain. Kalau post kat facebook tak dapat nak selesaikan masalah. 












 

 

No comments:

Real Time Web Analytics