Saturday, February 2, 2013

housekeeping

Hujung minggu aku yang agak busy. Busy dengan mengemas rumah. Aku tengah sedap tidur pagi tadi dengar pulak orang mendrill. Apa yang di drill aku pon tak tau la. So gangguan di situ. Terus je bangun buat apa yang patut. Bermula la tugas aku sebagai housekeeping. 

Harini jadi housekeeping agak berat kerja nya. Sebab orang wiring dengan orang aircond datang rumah. Memasang wiring dengan aircond korang paham je la dengan habuk, pasir semua. So secara kebetulan langsir rumah pon lama tak basuh so menurun kan semua sekali langsir yang ada. So tiada la langsir dirumah nie. Nak lepak depan tv pon tak ada privacy sebab sliding door tak berlangsir sebab pergi hantar dobi. 

Memang bergelumang la aku dengan habuk tadi. Sangat banyak habuk. Mak kata langsir tak pernah basuh sejak kawin kngah sampai la kangah anak dua nie baru ada masa and kesempatan nak basuh. Nak basuh tu satu hal nak pasang balik tu agak jenuh jugak la. 

Settle wiring dengan aircond semua. Mengemas la hampir satu rumah jugak la. Sendirian la aku menyapu, mengvaccum, mengemop. Agak meletih kan. Harini pon tak ada masak apa. Makan kenduri je harini tengahari tadi ada dua wedding harini. Kenduri kawin satu dekat kawasan rumah satu lagi dekat bota. Dari bota tadi terus ke seri iskandar nak pergi hantar dobi and then balik rumah tidur sampai la kepetang. Bangun tidur sambung lipat kain yang bertimbun. 

kerja wiring dan memasang aircond sedang dijalan kan. korang bayangkan la macam mana keadaan ruma time tu


Selepas dipasang. memang puas hati aircond dah elok and sejuk.

baju yang bertimbun nie. stok seminggu punya baju. baru siap lipat dari pukul 7-8p.m


No comments:

Real Time Web Analytics