Thursday, July 25, 2013

Kisah kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda

Dikala kita seronok menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini ada jugak terselit kisah sedih yang aku alami sendiri. Sedih yang aku rasakan tu tak ada la sedih mana tapi lebih kepada perasaan kecewa kerana apa yang diharapkan selama nie tidak dapat dimakbulkan. Mungkin ada hikmah semua ni berlaku. Apa cerita yang sedih sangat aku nak share dengan korang tu pasal orang tengah kecoh keputusan permohonan ke peringkat ijazah sarjana muda. 

So aku la salah seorang yang di kategori kan dalam permohonan tu. Permohonan telah pon dibuat lama masa bulan March 2013. Keputusan nya baru je keluar minggu kedua bulan Julai. Apa yang mengecewakan aku bila bangun tidur check result bahawasanya aku tidak la tersenarai untuk menyambungkan pengajian aku peringkat ijazah sarjana muda di UniMAP. Aku ingat kan apply under UniMAP dia priority kan ex-UniMAP tapi tak la jugak sebab still tak dapat tempat untuk sambung belajar. 

Hari-hari aku mengadap la jugak offer letter tu nak check betul ke aku memang tak dapat. Call pejabat pendaftar pon sama memang aku tak dapat pon sambung. Pihak UniMAP mintak aku buat surat rayuan. Aku buat la hantar ke dekan school dengan pejabat pendaftar sampai 4 surat rayuan aku hantar still tak ada perubahan sampai la rayuan online keluar semalam. Walaupon hebahan rayuan keluar lebih awal daripada bornag online. Sempat la aku isi sebelum due date nya.

ni la surat tawaran yang hari-hari aku hadap. tapi tetap keluar yang sama

keluar macam nie la. Memang mendukacitakan aku la.
Macam-macam halangan la aku hadapi nak sambung belajar nie. Mungkin belum ada rezeki aku lagi. Memang aku tak putus asa lagi. Ayah aku pon tolong aku sama tolong buat surat rayuan call pihak UniMAP macam mana pasal status aku nie dapat ke tidak. Still tak ada perubahan. Isi je la borang rayuan online under UniMAP. Ni la last pilihan aku kalau tak dapat jugak aku redha je la dengan keputusan nyer. Hope aku dapat la tempat untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Jeles aku bile dapat tau kawan-kawan ramai dapat sambung. Tahniah buat kawan-kawan yang dapat sambung belajar di mana U sekali pon yang tidak berjaya macam aku insyallah ada rezeki untuk kita cuma cepat dan lambat jer.

Walaupon aku tak dapat daftar 1.9.2013 nie yang pasti 22.9.2013 nie aku akan convo. Insyallah kalau di panjang kan umur aku. Amin..

rayuan online sudah pon dibuat semalam, semalam jugak la pos laju ke UniMAP hope hari dapat. Result bila dan kemasukan bila tu tak tau la.

No comments:

Real Time Web Analytics