Wednesday, September 11, 2013

Aura konvokesyen

Perasaan aku nak sambung degree dah 50-50 je aku rasa. Entah sebab malas nak pikir dah kot. Orang asyok dok tanya benda yang sama je kat aku seperti :- 
1. bile rayuan akan keluar.
2. dah buat rayuan ker? 
3. dapat sambung UniMAP ke dak? 
4. Bile nak mai UniMAP?
Soalan nie la aku ditanya nak dikatakan hari-hari la jugak. Kalau korang nak tau bile result rayuan akan keluar pada 13 September 2013 pada hari Jumaat nie. Dan mula mendaftar bagi pengambilan kedua pada 17 September 2013 pada hari Selasa. Kalau aku ada dekat UniMAP 17 Sept tu makna nya ada rezeki aku la sambung UniMAP. Kalau aku datang lebih awal tu maknanya aku mai untuk konvo je la tu. Tapi doakan la jugak untuk aku dapat sambung sana. Amin..

Apa yang aku tengah terujakan sekarang kan nie menunggu hari konvokesyen aku je 22 September 2013 pada hari Ahad jam 2.30p.m sidang ke-4. Kepada kawan-kawan yang ada masa terluang tu mai la konvo aku na bawak la sejambak bunga ke, sekuntum bunga ke, bebear apa yang patut. Wah macam-macam la pulak demand nyer. Hehehehe. 

Mana aku tak excited nya sebab surat jemputan ke istiadat konvokesyen kali ke-8 UniMAP dah pon sampai rumah weyh. Mau tak excited aku. Dengan tempahan bingkai gambar sampai lagi. Semua benda aku dah selesaikan. Daripada yuran konvo sampai la tempahan bingkai gambar. Bak kata orang konvo sekali seumur hidup walaupon 'bercinta' nak habiskan belajar. Hehehehe. 

surat nie sampai hari isnin baru nie kalau tak silap aku

kasi zoom lagi dekat.

yang nie paling latest dapat harini, harini jugak kena settle kan sebab due tempahan before 13 september.

No comments:

Real Time Web Analytics