Thursday, September 9, 2010

30 Ramadhan

sedar tak sedar hari merupakan hari terakhir kita umat islam berpuasa pada tahun nie. moga ramadhan kali ni memberi 1000 erti buat korang-korang semua. dan berharap dapat kiat berjumpa dengan ramadhan pada tahun-tahun akan datang. insyaALLAH.


habis jer ramadhan kita berjumpa dengan syawal. semalam duduk tunggu depan tv nak dengar pengumuman raya. pengumuman semalam mengumumkan hari raya puasa jatuh pada 1.9.2010 pada hari jumaat. makna nya esok kita dah beraya. alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa selama sebulan pada tahun ini. 

menjelang hari raya masing-masing pon sibuk dengan persiapan raya. daripada diri sendiri sampai la rumah yang kita tinggal. aku pon xlari daripada membuat persiapan untuk menjelang hari raya. start daripada aku balik rumah dari 1.9 aku tak henti-henti buat kerja rumah. dari sehari ke sehari ada jer kerja aku kena buat. tak apa la setahun sekali kan menyiap kan rumah untuk hari raya. antara kerja yang aku lakukan :-
  1. memasang langsir
  2. vaccuum rumah
  3. basuh kolam ikan
  4. basuh garaj
  5. mengelap tingkap
  6. mengemop lantai
  7. jemur karpet
setakat semalam nie je la kerja-kerja yang aku buat. belum lagi masuk kerja untuk hari nie. tapi seperti biasa hari last puasa nie memasak je la untuk raya esok. raya biasa nya mak aku akan buat rendang dan nasi impit. menu lain akan ditukar-tukar mengikut citarasa yer. dan tak lupa juga kuih muih dengan kerepek-kerepek untuk tetamu yang datang beraya kerumah.





memandangkan esok kita semua nak beraya nak menyambut 1 syawal 1431H di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. halal kan la makan minum apa-apa saja andai aku ada buat silap dan salah dekat korang aku mintak ampun dan maaf dari hujung kaki hingga kehujung rambut. hope korang dapat maaf kan salah dan silap aku nie. aku pon manusia biasa yang tak lari daripada membuat silap. 

kalo korang nak duit raya tu mari la umah aku beraya yer. kita cuti raya seminggu kan dan la nak singgah beraya dekat rumah aku. dan tak lupa mak, ayah ngan k.long yang belanja ina shopping ray atahun nie. terasa macam sakan pulak aku raya tahun nie. 

5 comments:

SyerAgh said...

Selamat Hari Raya kepada kamu! :)

amal_fc1303 said...

terima kasih. selamat hari raya juga.

Nine said...

Rajin Amal, kemas rumah semua..selamat hari raya Amal yer :)

Mrs. Simplicity said...

amal mmg rajin kemas ruma. tp ikut mood. kalau mood tgh tak rajin, jgn harap la nak buat. hehehe... tak sabar nak balik weh..

amal_fc1303 said...

nine: mmg la kena rajin nine. kalo tak sapa nk tolong buat nyer..

k.ngah: ceh hampeh la ko nie. ina dah rajin la skrng nie.. hehehehehe.. ha balik cpt2..

Real Time Web Analytics