Monday, February 21, 2011

cerita sabtu ku

cerita sabtu aku kali nie penuh dengan aktiviti. plan dengan housmate aku (nik) hari jumaat lagi. plan sabtu pagi nak pergi matrik arau jumpa adik dia lepas ke dewan 2020. hari sabtu bangun jam 10.00 a.m dalam pukul 11.00 a.m baru gerak.sebelum gerak terus ke arau teman k.ila balik wang ulu sebab dia tido rumah aku hari jumaat sebab jual tudung. dari wang ulu terus ke the store singgah nak belikan barang untuk adik nik sebab adik dia pesan adik dia tak leh nak outing. alang-alang dah lalu kangar kan.adik dia pesan biskut, krim muka, softlan. 

setlle beli barang dekat the store terus merempit ke matrik arau. kitorang naik motor jer. naik nouvo nik. sampai matrik dah pukul 12 lebih. lepak-lepak sampai pukul 2.20 p.m. masing-masing pon dah lapa singgah makan sebelum gerak ke dewan 2020. alhamdulillah kenyang dapat makan nasi.


meneruskan destinasi ke dewan 2020 dekat sana ada karnival pengajian tinggi negara 2011 kali ke-7. perlis merupakan destinasi ke-5 mengadakan pameran jom masuk U. singgah sana saja la nak tengok ada apa. penuh dengan student sekolah. karnival start jam 9.00 a.m - 6.00 p.m. tunggu la kedatangan karnival di negeri anda pulak. next destination sabah. sesuai dikunjung kepada lepas spm/setaraf yang ingin masuk ke ipta/ipts. apa yang aku dapat pergi karnival nie dapat paper beg je la satu. lupa nak bagitau karnival nie diadakan di dewan 2020 kangar, perlis. abeh kitorang pusing ke semua booth kitorang pon balik dah penat sangat dengan panas nyer. balik aku pulak merempit terus ke seberang ramai.

belah malam pulak kuar makan dengan nik lagi berteman kan dengan 2 org kawan nik. student degree wang ulu. ajak makan dekat mana aku pon lupa la. tapi memang best la makan dekat situ. aku makan kueh teow tom yam air nescafe panas. malam tu kawan nik belanja. save duit aku. habis makan diorang ajak pergi tengok selection badminton dekat kubang gajah layan kan je la. habis selection baru la balik seberang ramai.

nik di hostel matrik arau tingkat paling atas tingkat 4.

kalendar yang dapat masa karnival

nie la beg yang aku dapat kaler merah lagi.

nie dekat kubang gajah ada selection untuk sukan ppk

No comments:

Real Time Web Analytics